Pusara Datuk Kapten Ahmad di Kluang. Siapa Beliau?
Jika anda dari Bandar Kluang hendak menuju ke Mersing, pasti anda akan perasan dari tepi jalan utama, sebuah pusara yang agak terserlah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu. Pusaranya bertembok dicat kuning, kepoknya daripada marmar tinggi. Nisannya kelihatan lebih menonjol daripada kubur sekitar.
Sepanjang saya menetap di Kluang, saya tidak pergi menjengah pusara itu kerana tidak muncul perasaan ingin tahu pusara itu milik siapa. Sepanjang pembacaan sejarah saya yang cetek ini, saya tidak tahu jika ada Makam Diraja berada di Kluang. Yang saya tahu Makam Diraja Johor cumalah Makam Diraja Mahmoodiah di Johor Bahru atau Makam Diraja Teluk Belanga di Singapura.
Pada pagi 24 Februari 2019, setelah selesai siapkan dokumen chambering di firm, terdetiklah rasa ingin tahu dalam hati. Makam itu milik siapa?
Dalam perjalanan pulang, saya pun pergilah menziarahi Tanah Perkuburan Kg Melayu. Kereta diletakkan di halaman kosong di tengah perkuburan. Saya berjalan kaki jauh menuju ke pinggiran tanah perkuburan. Pusaranya terletak di tepi pagar. Dari jalan utama anda boleh lihat pusara.
Saya pun melangkah mendekati pusara menyerlah di pinggiran...
Inilah pusara yang saya maksudkan. Kepoknya marmar setinggi paras dada saya. Dikelilinginya tembok berwarna kuning. Makam siapakah ini?
Makam ini jelas kelihatan dari jalan utama Kluang-Mersing. Setelah sekian lama, barulah tergerak hati saya ingin melawat.
Masya-Allah! Rupanya inilah pusara Datuk Kapten Ahmad! Selama saya menetap di Kluang, saya tertanya-tanya siapakah Datuk Kapten Ahmad yang namanya diabadikan di jalan utama di tengah bandar Kluang.
Rupanya inilah makam beliau! Makam Datuk Kapten Ahmad. Terukir juga pingat-pingat yang beliau peroleh semasa hayatnya. Tertulis pada kepok dalam tulisan Jawi yang saya Rumikan:
Pastinya beliau orang besar kerana dianugerahkan Pingat Ibrahim oleh Sultan Sir Ibrahim (1873-1959), Sultan Johor ke-2 dari Wangsa Temenggung.
Kemudian saya membaca lagi tulisan Jawi yang berada di kepok bertentangan. Tertulis padanya dalam tulisan Jawi:
Saya bertanya kepada penulis blog Malay Untold Histories of Malaysia, Bro. Mo Razzi. Kata beliau, melihat bentuk nisan ini, barangkali Datuk Kapten Ahmad itu kerabat diraja Johor yang bukan sedarah. Kerabat yang terjalin melalui perkahwinan dengan keluarga diraja.
Sebelum ini saya pernah melawat Masjid Sultan Ibrahim di Ayer Hitam. Menurut papan informasi masjid, Datuk Kapten Ahmad merupakan antara pembesar Melayu yang banyak menyumbang wang untuk pembinaan masjid megah di atas bukit itu.
Itu sajalah maklumat saya peroleh mengenai beliau. Cebis-cebis maklumat dari kubur dan dari masjid Ayer Hitam. Kepada para pembaca yang mempunyai maklumat lanjutan riwayat Datuk Kapten Ahmad, mohon boleh kongsikan bersama. Saya sebagai anak jati Kluang, teringin benar mahu mengenali siapakah beliau.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat kepada roh yang berjasa, Datuk Kapten Ahmad.
AMIN.

Kapten Datuk Ahmad bin Muhammadun
D.P.M.J (Darjah
Paduka Mahkota Johor) dan P.I.S (Pingat Ibrahim Sultan)
Diputerakan 7 Mac 1888
Kembali ke Rahmatullah
Pada 27 November 1956
Kemudian saya membaca lagi tulisan Jawi yang berada di kepok bertentangan. Tertulis padanya dalam tulisan Jawi:
"...Barang dibahagiakan Allah di dunia dan akhirat ke atas Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor
dengan ikhlas telah mengurniakan ingatan ini...."
Terpacul dari mulut saya, "Masya-Allah! Peninggalan sejarah!"
Tidaklah saya sangka, adanya peninggalan Sultan Sir Ibrahim di Kluang yang masih wujud hari ini. Sultan Sir Ibrahim Johor merupakan idola sejarah yang saya sanjung dan hormat. Terlalu banyak jasa baginda yang ditulis dengan tinta emas sejarah Johor Darul Takzim. Dengan melihat keindahan pusara ini, fahamlah saya baginda menghargai sumbangan seorang anak Johor dari Kluang yang bernama Datuk Kapten Ahmad.
Saya sebagai seorang anak jati Kluang, hati berasa gundah. Saya tidak mengenali siapa Datuk Kapten Ahmad. Apakah beliau pembesar negeri? Apakah beliau kerabat? Saya mengusap-usap nisan tokoh ini. Saya berdoa kepada Ilahi supaya rohnya dicucuri rahmat kerana hayatnya seorang berjasa pada umat.
Pada nisan beliau pula tertulis tulisan Jawi "Mulai kerja pada 9.8.1909". Pekerjaan apa? Saya tidak pasti.

Kenangan melawat pusara Datuk Kapten Ahmad pada bulan Februari 2019 |
Saya bertanya kepada penulis blog Malay Untold Histories of Malaysia, Bro. Mo Razzi. Kata beliau, melihat bentuk nisan ini, barangkali Datuk Kapten Ahmad itu kerabat diraja Johor yang bukan sedarah. Kerabat yang terjalin melalui perkahwinan dengan keluarga diraja.
Sebelum ini saya pernah melawat Masjid Sultan Ibrahim di Ayer Hitam. Menurut papan informasi masjid, Datuk Kapten Ahmad merupakan antara pembesar Melayu yang banyak menyumbang wang untuk pembinaan masjid megah di atas bukit itu.
Itu sajalah maklumat saya peroleh mengenai beliau. Cebis-cebis maklumat dari kubur dan dari masjid Ayer Hitam. Kepada para pembaca yang mempunyai maklumat lanjutan riwayat Datuk Kapten Ahmad, mohon boleh kongsikan bersama. Saya sebagai anak jati Kluang, teringin benar mahu mengenali siapakah beliau.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat kepada roh yang berjasa, Datuk Kapten Ahmad.
AMIN.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.

ReplyDeleteNak detalit lebih lanjut blh hubungi cucu arwah cpt mohd tahir dato yahya
ReplyDeleteMohon copy tuan.. sejarah keluarga suami saya
ReplyDeleteSaya cicit Datuk Kapten Ahmad
ReplyDeleteDato Kapten Ahmad adalah cicit Temenggung AbdulRahman
ReplyDelete