Dari Meja Syed Azharul Asriq
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis di blog, tercetus rasa hati untuk menulis di blog kembali.
Ketika zaman sekolah menengah dulu, beratus-ratus artikel telah saya tulis di blog lama saya, blog Petikan Buku. Namun kesibukan masa di universiti dan bertambahnya pengalaman, maka banyak hasil tulisan lama saya dalam blog itu saya rasakan tidak lagi sesuai hari ini. Aduhai, apakah yang aku fikirkan dahulu? Aduhai jumudnya ketika itu? Mengapa aku tulis sedemikian? Bila dibaca kembali, rasa jahil diri ini kerana menghasilkan tulisan sedemikian rupa. Maka, saya pun tutuplah blog itu kerana tidak lagi sesuai dengan fikiran dan gaya bahasa saya hari ini.
Namun, apabila difikirkan kembali, tulisan-tulisan saya anggap "jumud" dalam blog lama itulah yang akhir mematangkan fikiran saya. Ditambah pula pengalaman bergaul di universiti, bertemu ramai tokoh-tokoh ilmuan, pembacaan yang semakin berkembang, berkenalan dengan karya Hamka yang indah bahasanya dan alhamdulillah telah menerbitkan 3 buah buku sepanjang berada di universiti. Pengalaman-pengalaman inilah yang mematangkan penulisan saya.
Setelah lama tidak menulis di blog dan lebih banyak menulis di Facebook, saya merasakan sudah tiba masanya untuk berkongsi kisah, pengalaman, pendapat, pembacaan dan kenangan di blog ini. Moga-moga bermanfaatlah apa yang ditulis kepada saudara semua.
Syed Azharul Asriq
Kluang, Johor Darul Ta'zim

Leave a Comment